Tuesday 22 January 2013

adik, kakak rindu adik :'(



Assalamualaikum dear readers *ewahh, macam la ada org yg view blog ni kan? :P* tak kira lah ada orang yg view blog ni ke tak, kalau ada yg view tu thanks, tolong tinggalkan jejak boleh tak? Nesa peliklaa macam mana boleh sampai 222 orang view blog nesa ni, hehe* Kaykay, hari ni nesa nak story pasal adik nesa *hehe, nak bahaskan diri sebagai nesa boleh tak? Tak kan nak guna saya kot, ee gelilah, nak guna aku cem ganas, so kita guna nesa ok? Peace :D* haha. Whateverlah. Kkk.

Hmm, nesa nak story pasal arwah adik nesa yang dah meninggal tu. Dah lama dia meninggal, tahun 2005, masa tu nesa 9 tahun, darjah 3. Nesa taktaw la kenapa sejak kebelakangan ni asyik teringat dekat dia ja. “Imraan, kakak rindu :’(“ ayat tu la yg selalu keluar dalam hati bila rindu kat dia. Dah tu teringat la semua kenangan2 dengan dia. Ya Allah, moga2 adik saya bahagia dia sana. Amin..

Macam ni cerita dia, arwah adik nesa ni ada penyakit thalasemia. Kepada sapa2 yg taktaw apa itu thalasemia, sila google, ataupun kalau malas nak google pon takpa, just listen okay listen *acah2 matluthfi dalam video parody forum suara mahasiswa,heee* haa, adik nesa ni ada thalasemia, tapi penyakit tu tak merebak banyak lagi dalam badan dia so ada harapan nak sembuh, tapi kena buat “Bone Marrow Transplant”. Dokter cakap harapan ada 50-50 laa. Lagipun dokter tu kata kebanyakan orang yg buat “Transplant” ni success, anak depa sembuh elok jadi macam budak2 biasa. So, mummy daddy decide nak buat la transplant ni dekat adik nesa sebab dia memang ada harapan nak sembuh. So, kena pi Hospital kat Bangkok, Thailand, nesa tak ingat la kenapa tak buat kat sini, maybe sebab masa tu kat sini tak da dokter kot nak buat semua tu, kat Bangkok ja ada kot, so semua pi sana laa. 2-3 ka 3-4 bulan jugaklaa stay sana. Daddy ada sewa apartment kat sana. Jadi hanya mummy ja yang teman adik kat hospital. So setiap hari daddy akan pi sebab hospital dengan apartment tu dekat ja. Lagipun apartment tu under hospital tu, so transport tadak problem la. Anytime daddy nak pi, call ja depa, satgi depa hantaq la kereta pi amik. Hmm. Kadang2 tu adalaa seminggu dua nesa pi stay hospital ngan mummy. 

Bilik dia besaq. Ada dua bilik. Tengah tu ada pintu yang memisahkan kedua bilik nie. Satu bilik untuk patient, satu lagi untuk family patient tu. Ada dapur, toilet semua siap la. Macam rumah laa. Hee. Bilik ni dipisahkan sebab takmaw bagi udara yang tak elok la kot masuk dalam bilik patient, sebab sapa2 yang nak masuk bilik patient tu kena pakai mask, sarung tangan and baju segala. Seriously, hospital sana memang dia jaga kebersihan. Nurse dia pon semua caring. Adik nesa ni suka sorang nurse ni, dia panggil nurse tu “meow” , heehe , mungkin sebab nurse tu comel macam kucing kot. Ngee. Haa, bone marrow transplant tu pendermaan sumsum tulang, nesa yang derma sumsum tulang dekat adik nesa, sebab blood nesa matching dengan adik nesa tu. Depa cucuk amek kat belakang badan ni, nesa taktaw la camna depa buat sebab masa tu nesa unconscious *betul ke ejaan?* unconscious tu tak sedar diri. Maksudnya macam pengsan lah kot. Huahua. K merepek. # next entry nesa cerita pasal nesa kena operate & first time masuk wad. nak taw tak? Jengjengjeng. Tunggu taw # 

Sebulan jugakla adik nesa buat kimoterapi apa semua tu, nesa suka tengok bila adik nesa buat muka merajuk *alolo, comelnya dia* ada sekali tu dia merajuk sebab nurse “meow” yang dia suka takda, nurse lain yg jaga dia, dia merajuk teruk, serius takboleh lupa, hehe, comel gila dia merajuk, hmm, rindu *tears rolling down, Ya Allah* . Then lepas dah transplant semua tu ok, dia dah sembuh 80% dah, Alhamdulillah, seronok tengok adik kita semakin sihat. Sapa yang tak seronok kan tengok adik sendiri happy :) . Then adik nesa dah kena pindah masuk wad biasa dah, 2-3 hari jugaklaa, dia stay wad tu, nesa pon stay sekali jugak dengan dia, kali ni kami semua stay satu bilik, agak besar bilik tu, macam macam kami buat sama2, ada satu malam tu, nesa ingat lagi, malam last nesa gelak dengan dia, kami tengok cerita “The Hulk” masa tu, nesa teman dia, mummy dah tido masa tu, dia nak tengok so nesa teman dia sampai dia tidur. Best sangat masa tu. Ingat lagi masa tu, dia dok minum susu, nesa dok usha dia. Comel k comel. 

Then esok pagi tu dia okey lagi, tapi malam esoknya tu dia demam campak, serius terkejut, maybe antibodi dia tak kuat lagi kot masa tu, sebab baru ja buat transplant tu. Dia demam campak so nampaknya nesa kena balik stay apartment la :'( dokter suruh balik sebab takut jangkit pulak kan, hanya mummy ja yang teman dia. Dia nangis masa dia taw nesa kena balik malam tu, I still remember he said something like this “imraan nak dok ngn kakak” sambil dia dok nangis, something macam tu la, nasib baik nesa dah keluar masa tu, memang tak tahan air mata niiii, nangis gak kat luar pintu bilik tu. Then malam tu memang malam yang sedih sangat2. Hanya Allah ja taw macam mana rasanya :’( The next day dia masuk ICU, hanya boleh usha dia melalui cermin ja. Malam tu, tak ingat sangat what happen and why, tapi malam tu kami tidur kat hospital, nenek nesa belah daddy pon ada jugak. Masa nak tidur ada satu feeling yang pelik, serius tak pernah dapat perasaan tu, rasa maca sedih sangat, nangis masa tidur tu. Malam tu tidur dengan air mata. Entah kenapa rasa sedih sangat. Dok rasa ada something nak happen. Esok tu, pukul 3 pagi *kalau tak silap*………….. imraan tak dak dah .. Innalillah .. terkejut .. semua orang nangis .. and then masa tu dok peluk mummy ja .. of course la mummy orang paling sedih sebab everyday mummy ada dekat sisi dia, teman dia .. semua nangis masa tu, macam blur sangat .. macam tak percaya, semua feelings bercelaru lah masa tu .. hanya Allah ja taw apa rasanya .. then pagi tu bawak pi masjid, mandikan dia, sembahyang semua, tanam dekat sana, kubur dia dekat sana, every year daddy mesti pi .. ada orang tolong tengokkan jugak kubur dia .. Masa dia dah meninggal tu kan, muka dia senyum ja, nesa tak boleh lupa sampai sekarang ni, masa nak kiss pipi dia tu, muka dia pucat tapi dia macam senyum, ya Allah, rindunya dekat adik sorang nie :’(

Imraan, kakak selalu ingat imraan setiap malam sebelum kakak tido, kakak rindu, kakak tak pernah lupa imraan dalam doa kakak, kakak sayang imraan …..

Sekian ..

p/s : hargailah sementara masih ada. 

        # Wait for the next entry kay, ada sambungan lagi … hehe , sorry kalau ada salah ejaan ka apa ka , kalau ada typo ka apa ka , kalau ada apa apa ka , IM ka tweet ka ok? Hee. Thanks taw baca !! #

Tuesday 8 January 2013

2013

Assalamualaikum ..
Kepada pembaca yang saya sayangi * walaupun tadak org yg baca. hehe * tahun nie, tahun 2013, umur saya akan ditambah satu angka dari 16 menjadi 17 dan saya akan menghadapi peperiksaan SPM. SPM iaitu SEMUA PELAJAR MALAS. huahua. Actually saya yang malas so SPM = SAYA PUN MALAS. k
Sejujurnya dari lubuk hati yang dalam, saya sangat takut, takut sampai suatu masa dahulu saya pernah menangis sebab takut sangat dengan SPM nih. Alaa, perempuan dengan air mata tak boleh pisah kan? So watlek cenggini (Y) hehe. Takut tu memang. Tapi penyakit malas baca buku yang sedia ada dalam diri ini sukar ditapis. MashaAllah. Ya Allah, bantulah hambamu ini. Sekarang nih dok harap tuisyen ja. Hope penyaki malas nih hilang sebelum bulan Februari sebab bulan March ada exam so bulan Februari kena start study * ececehh, bajet ja nak study * bajet ja nak study, tapi tengoklah nanti, tak study pon. Serious talk * speaking sebentar * I'll never study and will not study because I'm so lazyyyyyyyy :( somebody help me. Kayh, sampai sini saja :D Assalamualaikum :) *sorry ayat berterabur, nyenyenye, PEACE :DD*