Sunday 10 March 2013

sedih

dear blog, sorry kacau awak, malam ni saya nak menangis kat awak boleh tak? saya nak kacau kawan kawan saya, diorang tengah study so saya kacau awak je lah, boleh kan? :( hmm

entah la, sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni kan, saya rasa macam takut pulak. rasa macam takut dia tinggalkan saya. entah kenapa tetiba rasa macam tu. biasala perempuan kan. okey hmm. kadang2 tu saya rasa macam saya yang terover caring dekat dia. entahla. hmm hmm hmmm. rindu kat dia :'( k.

serius talk. seumur hidup, mana pernah jumpa lagi lelaki macam dia, memang payah la nak cari. sebab tu la saya sayang awak, susah nak cari lelaki yg macam awak, hilangnya awak seperti hilangnya separuh dari nyawa saya. hmm. saya sayang awak sangat sangat. takda org lain dah dalam hati saya selain awak. saya sayang awak Muhammad Muazzam. hati saya hanya milik awak sorang je. saya taknak orang lain dah. awak, kalau satu hari nanti awak boring dengan saya, awak bagitaw okey? saya takkan paksa awak. saya cuma nak cakap yang saya tak pernah boring dengan awak dan saya akan selalu sayang awak, InShaaAllah :) saya harap awak jadi penghuni hati saya untuk selamanya. 

Saya mintak maaf sebab selalu kacau awak, mesej awak, call awak. Saya sayang awak.

Sekian.

Saturday 2 March 2013

Awakk ♥

Awak, maafkan saya ..
Saya dah buat awak jatuh hati pada saya dan buat awak terlalu sayangkan saya.. Tapi, Khilafnya saya.. Saya abaikan awak.. Saya buta untuk melihat ketulusan cinta awak.. Saya lukai awak.. Saya tipu awak.. Saya sibuk layan orang lain.. Sehinggakan awak menangis.. Kejamnya saya.. Saya tak pedulikan awak.. Saya selalu buat salah.. Saya tahu awak terluka.. Saya selalu layan awak teruk sangat.. Tapi, awak diam je, awak tak marah, awak kata awak tak boleh marah saya sebab awak ada saya sorang je.. Tiba-tiba awak mesej saya , "awak, saya akan pergi jauh, saya harap awak jaga diri, saya tetap sayangkan awak :)".. Sejak dapat mesej tu, saya rasa sunyi je, mana awak pergi? Saya cari awak taw.. Saya call awak tak angkat.. Sms pon tak berbalas.. Kosong hidup saya tanpa awak :'(.. saya rindu sms awak, "goodmorning sayang, goodnight dear".. Tapi sekarang, tiada lagi mesej sweetsweet dari awak.. Sejak hari tu, saya tak dapat terima kenyataan.. Awak dah pergi untuk selama-lamanya.. Awak, kembalilah.. Saya nak cakap kat awak yang saya sayangkan awak sangat-sangat.. Kehilangan awak buat saya sedar yang saya sebenarnya sayangkan awak..

# Hargailah sementara masih ada :)


# Dear Awak Capital MM, saya sayang awak infinity taw ♥ Allah dah tetapkan semuanya, inshaaAllah saya janji takkan tinggalkan awak

∞ love you infinity & beyond

hospital

Assalamualaikum. Good Morning.
Yeayy, hari ni sekolah cuti sebab ada mesyuarat PIBG. Hehe *saja nak habaq, mohon jeles, k*
Kay, post ni untuk sambungan entry lepas. Sorry lama tak update. BUSY *busy twitter/facebook*

Nahh, macam mana nak start? Heee.
Okok. Masa darjah 3 tu la first time nesa masuk wad and first time kena operate. Seriously. Lepas tu tak pernah masuk wad dah. Masa kena operate tu kan, daddy yg teman. Reyau kot masa tu. First time masuk bilik operation, rasa takut gileee, nervouss k. Tapi dokter hensem. Haha. Dokter siam, mestilah hensem en. Ingat lagi muka dia :D Hehe. Masuk bilik tu, then tak ingat dah jadi apa sebab kena cucuk then 'unconcsious'. Terjaga ja dari 'tidur' yang sementara tu, nesa terdampar atas katil dalam satu bilik tu, macam bilik khas la untuk orang lepas operation, mummy ada kat sebelah then nesa berada dalam keadaan yang tertiarap *ewah ayat* nak bangun pon tak boleh kot. Sakit kat belakang ni haa. Masa operate tu depa cucuk amik sumsum tulang kat belakang ni. Sakit :'( Then lepas tu terlena balik lah. Petang macam tu, terjaga lagi then nurse bawak pi bilik. Naik kerusi roda. Best kot. Orang tolak kita. Hehe. Then sampai bilik tu, naik atas katil then tidur lagi, kepenatan. Esok tu check out bilik pi bilik mummy. Rasa rindu gila dekat adik, 3 hari tak jumpa kot. 

Kayy, setakat ni ja post sambungan untuk entry yang hari tu. Sekian.